About Us
tentang Kami
Ebtesam Enterprise ditubuhkan dengan satu tujuan utama — menghidupkan amalan pemakanan sunnah berasaskan ilmu, amanah dan tanggungjawab. Kami komited untuk membekalkan produk yang bersih, telus dan diyakini, tanpa mengorbankan prinsip syariat demi keuntungan semata-mata.
Visi
Misi
- Mengamalkan perniagaan yang patuh syariat dan beretika
- Memberi pendidikan dan kesedaran melalui perkongsian ilmu
- Membina kerjasama jangka panjang bersama pelanggan dan rakan niaga
Founder & Chief Executive Officer
Ustaz Johari bin Abdul Wahab
Ustaz Johari bin Abdul Wahab merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ebtesam Honey. Dengan latar belakang minat mendalam terhadap pemakanan sunnah dan perniagaan beretika, beliau menekankan prinsip amanah, ilmu dan tanggungjawab dalam setiap aspek operasi syarikat. Ustaz Johari Abdul Wahab menerima pendidikan dalam bidang pengajian Islam di Universiti Abu Bakar, Karachi, Pakistan serta Darul Hadith, Ma’rib, Yaman. Pendedahan pendidikan ini membentuk pendekatan beliau yang berteraskan kefahaman ilmu, disiplin dan ketelitian dalam setiap keputusan yang dibuat. Dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai pembekal madu asli dan makanan sunnah yang dipercayai, beliau berpegang teguh kepada prinsip ketelusan sumber, kejujuran penerangan dan larangan dakwaan melampau. Di bawah kepimpinan beliau, Ebtesam Honey komited untuk menyediakan produk yang berkualiti, patuh syariat dan memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan, demi keberkatan jangka panjang.

Menitik beratkan sumber yang dipercayai

Mengamalkan etika perniagaan Islam

Tiada dakwaan melampau atau mengelirukan

Ketelusan dalam penerangan produk
